Sunday

POLISI

Sila baca dengan teliti.

Penghantaran
Tempahan akan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Kos penghantaran akan dikira berdasarkan berat tempahan dan kaedah penghantaran yang diminta oleh pelanggan sama ada pos laju , pos berdaftar atau mel udara berinsuran. Ia tidak termasuk kos duti atau cukai import(bagi pelanggan bukan Malaysia). Untuk tempahan dari Malaysia, penghantaran melalui pos berdaftar akan menhgambil masa 3-4 hari waktu bekerja, mel udara berinsuran,5- 7 hari dan poslaju, 1-2 hari. Untuk tempahan dari luar Malaysia, penghantaran menggunakan pos berdaftar dan mel udara berinsuran akan mengambil masa 10-30 hari dan poslaju 3-10 hari.

Proses pembelian dan penghantaran
Kami akan menghantar tempahan selepas mendapat pengesahan dan no rujukan pembayaran dari pihak pembeli. Segala butir-butir @ maklumat pembayaran mestilah di hantar kepada email:  peniagakristal@gmail.com


Polisi maklumat
Kami menghormati hak privasi pelanggan kami. Segala maklumat yang diberikan oleh anda tidak akan diberikan kepada pihak lain. Kami akan hanya menggunakan maklumat anda untuk tujuan penghantaran dan untuk memberitahu sebarang kemaskinian mengenai blog ini.

Pengembalian Produk
Produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan. Walaubagaimanapun jika terdapat kerosakan pada produk ketika pelanggan menerimanya, pihak kami akan menggantikannya dengan yang baru atau yang sepadan dengannya dengan syarat ia dilaporkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh ia diterima dan produk yang rosak dikembalikan semula kepada kami dalam tempoh 10 hari selepas aduan kerosakan dilaporkan.Pelanggan dinasihatkan menggunakan sekurang-kurangnya perkhidmatan pos berdaftar untuk mengembalikan produk bagi mengelakkan barang yang dikembalikan hilang. Pihak kami tidak akan membuat penggantian sekiranya barang yang dikembalikan tidak diterima. Kos penghantaran balik produk kepada kami akan ditanggung oleh pelanggan. Selepas kami menerima produk yang dikembalikan, produk ganti akan dihantar menggunakan pos berdaftar secara percuma. Jika tiada aduan diterima dalam tempoh yang dinyatakan di atas, pihak kami menganggap pelanggan berpuas hati dengan produk yang dihantar dan sebarang aduan selepas itu tidak akan dilayan.

Pembayaran Produk
Bayaran untuk tempahan boleh dilakukan dengan kaedah-kaedah berikut:

1. Bank-in : Pelanggan boleh bank-in ke dalam akaun bank kami yang akan diberikan selepas pelanggan bersetuju dengan harga yang kami berikan. Ia boleh dimasukkan sama ada dalam bentuk tunai atau cek. Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk pelanggan dalam Malaysia sahaja.
  Acc no: 151155610844 (Maybank) @ 06010754481522 (CIMB) Mohd Syamsul Zakwan Bin Haini

2. Online Fund Transfer : Untuk pelanggan Malaysia yang mempunyai kemudahan perbankan online, bayaran boleh dibuat dengan melakukan pemindahan dana dari akaun mereka ke akaun kami.Untuk proses yang lebih cepat, kami menggalakkan pembayaran melalui CIMB clicks (CIMB) atau Maybank2u (Maybank) kerana akaun bank saya terdapat pada kedua-dua bank ini.